Ong Bak II
// February 17th, 2009 // filem
Ong Bak 2 (2008), tiada kena mengena dengan filem Ong Bak (2003) dan Tom Yum Goong (2005, tetapi filem ini menampilkan Tony Jaa sebagai pelakon utama filem ini.
Dan ingin diperjelaskan bahawa Tony Jaa telah dinobatkan sebagai pengganti Jackie Chan dan Lagenda Bruce Lee kerana melakonkan watak seorang ahli mempertahankan diri tanpa bantuan special FX, body double, tali yang diikat dipinggang dan sebagainya.
Ong Bak 2 yang berpremiskan “Hidup untuk diri sendiri” amat jelas dipertontonkan diakhir cerita ini.
Act I.
“HOOK” dimulakan dengan satu babak diatas kuda dimana seorang budak lelaki dicampak ketanah dan episod kejar mengejar itu berakhir apabila beratus ratus panah menuju kearah lensa kamera dan kamera jatuh kekanan skrin dan sesusuk tubuh yang imejnya dipaparkan secara horizontal. Imej ini cukup kuat membuat aku ingin tahu apa yang berlaku seterusnya sedang aku masih menanti pengenalan protaganis.
Seketika itu, imej sinematiks yang cukup “MISE EN SCENE” dipaparkan dengan sekumpulan pedagang manusia sedang menuju kearah bukit, dan waktu ini protaganis diperkenalkan sedang merengkok bersembunyi disebuah akar pokok bakau dan seterusnya ia ditangkap dan dimasukkan kedalam sangkar yang penuh dgn manusia utk dijual.
protaganis dibawa ke sebuah perkampungan dikaki bukit dimana terdapat sekumpulan pedagana hamba abdi sedang menjual manusia dan protaganis dipaparkan sedang berjuang untuk melarikan diri dan ketika ini watak antagonis diperkenalkan dalam satu shot yang aku panggil “SAVE THE CAT” kerana watak ini seakan meminta dirinya dibawa kedalam dunia protaganis.
“CALL FOR ADVENTURE” bagi protaganis bermula apabila dia dicampak kedalam kolam yang dalamnya ada buaya dan diberitahu dia harus membunuh buaya tersebut untuk hidup. Dan sedang protaganis berjuang menyelamatkan dirinya, Perkampungan itu diserang dengan sekumpulan perompak yang datang bersama antagonis dan serentak mereka berjaya menawan kampung itu.
Antagonis tadi berdiri ditebing kolam dan mencampakan sebilah pisau kepada protaganis dan memberitahu protaganis “PREMIS” cerita ini, “You have to live for yourself” atau ” kau hidup untuk diri kau sendiri”.
Aku sudah masuk kedalam dunia Ong Bak ketika ini.
Protaganis dibawa ke perkampungan perompak tadi yang mana watak antagonis menjadi plot seorang mentor iaitu “MENTOR PLOT”. Ketika ini dimana protaganis dibawa berjumpa dengan seorang bomoh untuk meramal nasibnya dan diberitahu bahawa protaganis akan menakluk dunia jika memgang senjata. Ini adalah satu lagi “CALL FOR ADVENTURE” bagi protaganis. dan ketika ini juga antagonis memberitahu protaganis yang dia akan memberi kekuatan dan kekayaan sekiranya protaganis mengikut kumpulannya namun keputusan menjadi milik protaganis.
Protaganis keluar dari khemah dan melihat penduduk kampung itu semuanya sedang mempelajari ilmu mempertahankan diri dan ini menerbitkan rasa ingin belajar dan protaganis merasakan peluang untuk membalas dendam dengan cara ini sahaja dan protaganis telah membuat keputusan utk tinggal dan menjadi salah seorang dari ahli kumpulan perompak ini dan ketika inilah “PLOT POINT 1″ tiba dan perjalanan cerita protaganis berlaku.
Act II
Seperti banyak banyak filem aksi, “MENTOR PLOT” selalunya akan ada sessi montaj yang diberi nama “LEARN” dan “TEST” untuk watak protaganis dan inilah yang berlaku, sememangnya thailand banyak belajar dari filem filem Hollywood. “SETUP” protaganis dipaparkan sedang belajar ilmu mempertahankan diri dan ujian seperti menakluk sekumpulan gajah menjadi “PAY OFF” plot “LEARN” dan “TEST” tadi dan “MID POINT” cerita ini dipaparkan sebagai protaganis ditabalkan sebagai ketua perompak oleh antagonis.
Dan selalunya selepas “MID POINT”, setiap struktur filem baik memerlukan satu anjakan iaitu “BOOSTER ROCKET” dan filem ini tidak terkecuali dimana selesai merompak patung yang sepatutnya dipersembahkan kepada penakluk Empayar Ayuthaya, protaganis dibawa ke masa silam dan disinilah anjakan berlaku dimana penonton dikisahkan bagaimana dendam protaganis tercipta dan ini membakar api kemarahan protaganis.
Protaganis kembali kekampung dengan jiwa lara, dan seperti watak watak “MENTOR” yang lain, mesti dia tahu apa yang berlaku kepada anak muridnya dan sebagai seorang mentor yang baik akan memebrikan sedikit motivasi. Ketika ini antagonis ingin meyerahkan takhta pemerintahannya kepada protaganis namun disebabkan ada yang menganggu jiwa protaganis, ia menangguhkan hasratnya dan memberi kebenaran kepada protaganis melangsaikan perkara yang hendak dilakukannya.
Setelah “SETUP” sebelum “MID POINT” tadi adalah sessi “LEARN” dan “TEST”, jadi montaj disini hendaklah satu “PAY OFF” kepada “SETUP” tadi. maka tibalah saat klimaks dimana protaganis berdepan dengan musuh dan menunaikan hajatnya, namun tidak semua protaganis itu bijak dan “PLOT POINT 2″ dipaparkan kelemahan protaganis yang teruja sangat hendak membalas dendam tercicir pisau kepunyaan “MENTOR”nya dan ketika ini aku merasakan akan wujud “TWIST” dibabak berikutnya.
Tapi aku syak dan yakin bahawa “PLOT POINT 2″ adalah ketika protaganis kembali ke pokok bakau yang sarat menyelirat akar dibawahnya dimana protaganis semasa kecil bersembunyi pada “ACT 1″ tadi.
Act III
Aksi dibabak bagi aku begitu baik sekali dilaksanakan, tabik kepada pengarah iaitu Tony Jaa yang berjaya menghidupkan scene “WAR” ini dimana protaganis berlawan dengan lebih dari 50 orang pengawal dari istana Ayuthaya dan mereka semua bukan calang calang regu dan protaganis hanya orang baru dalam dunia kepahlawanan ni, namun semangat gajah dan api dendam yang membara dalam jiwa protaganis, tidak sekali pun dia berundur mengaku kalah dan babak Raja Gajah datang memberi perlindungan kepada protaganis sememangnya memberi lonjakan dan sedikit sentuhan dalaman dalam babak ini.
dan tibalah masa “TWIST” bagi cerita ini dimana akhirnya orang yang telah membunuh seisi keluarga protaganis menunjukan diri. Protaganis tidak kalah dalam perang ini namun ia kalah kepada kasih dan sayangnya terhadap orang yang telah memberi segalanya kepada dirinya setelah kematian ibubapanya. Ia akhiran cerita ini, Raja menunaikan janjinya kepada antagonis sekiranya dia mati dalam perang dengan protaganis.
Akhirnya protaganis kehilangan sekali lagi orang yang disayangi namun menerima takhta Raja Perompak. “THEME/MESSAGE” filem ini adalah Kasih Sayang dan “INTERNAL GOAL” protaganis adalah dendam dan “EXTERNAL GOAL” adalah mengubah kehidupan menjadi yang terbaik.
Ini bukanlah reviu tetapi analisa struktur cerita ini. Aku perlu tajamkan ketepatan masa penceritaan aku untuk menjadi pembikin filem yang prihatin dan insyaallah aku tidak mahu membuat analisa berasaskan perasaan ketika menonton dan mengikut rasa aku sahaja.
Selamat menonton.





Wow! geler hebat review, thanks kerana ilmu yang diberi. Bila nak lepak cite pasal filem bro?
pandailah kau, aku kongsi mana yang aku tahu jelah…
ni bukan reviu, ni analisa cerita…
tak kisah bro, bebila boleh…