Unggul

// January 7th, 2009 // rekabentuk

Penjenamaan semula rekabentuk grafik pengenalan syarikat yang aku naungi.

Segala penat lelah mengendalikan syarikat produksi dan perundingan kreatif banyak memberi pengalaman hidup yang tidak ternilai harganya kepada aku.

Inilah permulaannya…

susb1

Bermula dari sebuah syarikat milikan tunggal yang beroperasi dengan nama Opera Graphics aku mulakan perniagaan kecil kecilan memberi perkhidmatan rekabentuk grafik kepada pelanggan tegar aku iaitu kawan kawan, saudara mara dan rangkaian kenalan mereka.

Aku mula berjinak jinak dalam dunia multimedia dan setelah bernikah aku bergabung dengan permaisuri dan menamakan syarikat perkongsian dengan nama D’ajiny Enterprise. Syarikat bertahan lama jugalah hinggalah sedikiti demi sedikit pelanggan tegar aku mula berkurangan namun masih mampu bertahan namun ujian tuhan menghendaki aku menumpukan kepada keluarga, aku kembali bekerja dibawah naungan sebuah syarikat multimedia.

Belajar tentang dunia multimedia membuka minda aku kepada satu lagi peluang perniagaan dan aku mula memasang tekad untuk mempelajari dunia perniagaan multimedia.

Memang rancangan tuhan itu lebih baik dari rancangan aku, aku menerima kemasukan untuk melanjutkan pelajaran di Portsmouth, England. Setelah bergelumang selama lebih 4 tahun dalam dunia multimedia dan pengalaman dalam dunia rekabentuk grafik lebih dari 8 tahun aku meneruskan pengajian aku dalam bidang Media Baru Interaktif diusia 29 tahun memang agak payah. Namun peluang sekali ini aku tak lepaskan, bukan setakat degree yang aku bawa balik, aku bawa pulang sekali segulung Master dalam bidang Media Digital.

Kembali sebagai rama rama baru, aku cuba menerokai dunia media baru di negara aku, namun bidang ini masih baru dan aku kembali meneruskan kerjaya disyarikat yang aku tinggalkan dahulu, bukan sebagai perekabentuk Multimedia tetapi sebagai perunding projek multimedia dan tugas aku merakamkan video untuk kegunaan pendidikan dan berunding dengan pegawai projek dari pihak kerajaan.

susbNamun minat aku telah beralih arah kebidang perfileman waktu ini atas dedahan tak terkawal ketika aku di U.K tentang pembikinan filem. Aku sekali lagi mengambil keputusan untuk menubuhkan sebuah syarikat produksi dan perundingan bersama permaisuri aku, kali ini kami bersetuju untuk mengunakan nama MillionJutaProfit namun nama itu ditolak oleh SSM dan akhirnya kami dapat sebuah nama yang unik iaitu Sinergi Unggul dan nama itu lulus tanpa banyak soal.

Dan aku pun mulalah langkah aku untuk menempatkan syarikat kecil aku ini dalam industri filem negara dengan menghadiri bengkel, latihan dan seminar perfileman yang dianjurkan oleh FINAS mahupun syarikat swasta.

Berkat doa dan kecekalan aku meninggalkan kerja disyarikat yang telah memberi 100% kepercayaan kepada aku, sekali lagi tuhan merancang rancangan yang baik untuk aku.

Diantara ramai ramai peserta yang menghadiri bengkel, latihan dan seminar anjuran FINAS dan kerajaan, aku telah terpilih untuk meneruskan pengajian dalam pembikinan filem di Universal Studio, Hollywood selama 3 bulan.

terharu namun aku sekali lagi terpaksa berkorban meninggalkan keluarga disini.

dan hari ini, aku menoleh sedikit kebelakang atas segala limpahan kurnia dari yang maha esa dan bersyukur atas kurnia dan rezekinya, Amin.

tekad aku semasa aku tinggalkan kehidupan sebagai budak bukit dengan sehelai sepinggang dulu menuju bandaraya kota metro yang sedang tenat dan sesak, berbekalkan diploma yang tak laku, aku nekad ingin membina hidup aku yang baru tanpa menoleh kebelakang, tapi hari ini aku menoleh….

jauhnya perjalanan dibelakang mengejari aku.

Blog Widget by LinkWithin

4 Responses to “Unggul”

  1. flow says:

    Assalamualaikum, semoga selamatlah segalanya dan maju jaya buat bang ajin…tak perlu rasanya saya cakap “all the best” sebab cuma bang ajin yang tau macam mana rasanya atas usaha keras selama ini..

  2. sutradara says:

    Azari, again thank to you my lil bro…
    usaha dan yakin terhadap apa yang diusahakan dan tidak sesekali mengalah dengan dugaan, insyaallah jalan yang terang akan tiba menerangi semuanya…

  3. Anarm says:

    tgh meng’google’ bende2 berkaitan dengan kreatif, aku terjumpe link blog ni..
    Sinergi Unggul.. 1 nama yg sgt menarik.. semoga kejayaan mengiringimu, sahabat..

  4. sutradara says:

    wah ada dalam google eh…
    tanx anarm…

Leave a Reply