Sibuk sibuk
// January 15th, 2009 // coretan
Disana sini aku lihat dan dengar kempen memboikot kerjasama produk produk yang membantu keganasan yang dilakukan Puak Israel.
Bukan itu sahaja, didalam blog, laman jaringan sosial dan laman web sibuk memperjuangkan hak rakyat palestin yang ditindas oleh Puak Israel.
Aku rasa semacam dengan kelakuan ini, bukan tidak mahu menyokong tetapi sememangnya aku kurang membeli produk yang disebut dan jauh sekali berniat untuk memberi bantuan kepada Puak Israel laknatullah itu sekiranya barang yang aku beri itu menjadi keperluan aku dan keluarga, insyaallah perlahan lahan aku akan berhijrah.
Aku taknak tengok jauh, aku tengok apa yang dekat dengan aku dan yang berlaku depan mata aku. Semalam ketika aku hendak pergi berjumpa dengan Abg KhairulFazi iaitu adik kepada Mentor aku Cikgu U-wei, aku terserempak dengan beberapa saudara yang aku syak baru pulang atau hendak menuju ke Rumah Allah.
Dalam perjalanan mereka itu, mereka membawa sepanduk memohon berhenti membeli barang barang keperluan rumah yang telah disahkan memebri sumbangan kepada keganasan Israel. Satu usaha yang bagus walaupun kecil.
Selang tidak jauh dari pada kegiatan rakan masjid tadi ada sekumpulan lagi yang sama melakukan demo dengan membawa sepanduk, ke mereka sedang memasang sepanduk ditepi jalan. Kata kata sepanduk yang ditulis adalah ” Sokonglah Barisan Alternatif, kami akan berusaha menyelamatkan Malaysia”.
Sedang semua umat islam berkabung dan berdoa kehadrat Ilahi tentang nasib saudara diPalestin, masih lagi ada golongan yang mengambil kesempatan untuk bersandiwara dan berjihad untuk kepentingan sendiri.
Aku meneruskan perjalanan yang singkat itu dan tiba kedestinasi. Bersalaman dgn Abg Khairul dan berkenalan dengan produser Abg Rahim dari Bintang Emas Picture. Aku datang untuk mendapat maklumbalas tentang filem pendek aku dan bercerita apa rancangan tahun ini.
Aku mendapat banyak maklumbalas yang membuka ruang minda aku untuk melakukan yang terbaik dan dimasa yang sama kami bercerita tentang cerita cerita pendek yang pernah kami bualkan kepada Abg Rahim.
Ada satu cerita sinis yang aku suka, ianya berkisarkan perihal satu pasukan bola futsal yang ingin memasuki pertandingan futsal tetapi tidak mempunyai jurulatih.
Mereka pun memanggil seorang utk melatih mereka, selang beberapa hari mereka berlatih, Jurulatih memeberitahu yang mereka semua bagus tetapi tiada penyerang yang boleh melakukan jaringan, maka mereka bersetuju denga jurulatih untuk memasukkan seorang orang laur untuk menjadi penyerang mereka.
Selang beberapa hari mereka berlatih, Jurulatih memberitahu walaupun berjaya menjaringkan 10 biji gol, kalau bolos 20 biji gol pun tak guna juga, Jurulatih mencadang seorang penjaga gol dan mereka bersetuju. selang beberapa hari Jurulatih memberitahu Penyerang dan penjaga gol sudah mantap tetapi benteng pertahanan perlu dirombak, akhirnya mereka bersetuju untuk mengunakan beberapa orang untuk menjadi benteng pertahanan mereka.
Pada hari kejohanan, pasukan mereka berjaya keperingkat akhir dan semua pemain berkobar kobar untuk menjuarai kejohanan. Tetapi didalam padang tidak kelihatan pun mereka yang pada mulanya tadi yang merancang untuk masuk pertandingan itu tadi, mereka yang bermain ini semuanya orang yang dipanggil membantu mereka.
Dilihat mereka semua sedang duduk dibangku simpanan. Oh! Kesian….
Dilemma bolasepak negaraku.
Aku agak tersentuh pada cerita itu kerana aku dahulunya seorang pemain bolasepak negeri dan ada sedikit sebanyak kejadian yang dimomokkan tadi ada kena mengena dengan perjuangan aku satu ketika dulu untuk menjadi pemain negeri.
Namun aku berjaya meletakkan diri aku antara pemain simpanan negeri Johor Darul Takzim hinggalah tulang keting aku dipatahkan oleh penjaga gol dari Terengganu.




abg khairul??yg ajar kat aswara tu kee??
Aha, Abg Khairul Lecturer Filem di Aswara.
Sesebuah perjuangan itu akan lebih dijiwai sekiranya ‘dekat dan terkait’ dengan kita.
Aku baru baca tentang 13 Mei. Perjuangan yang dekat akan meninggalkan kesan.
Ttg bolasepak ni, hmmmm…
Mungkin kita perlukan pemain yang bijak dan berkemahiran. Bukan pemain yang terpinggir daripada segi akademik sahaja.
Atau, ajar mereka supaya jadi bijak, bukan statik dan buntu kerana tak bijak mengadaptasi ‘perjuangan’.
perjuanganm lagu kembara sesuai dijadikan rujukan…
13 mei, utk aku org johor…
kesannya masih terasa…
citer pasal bola…
memang perlu bijaksana dan berpendidikan…
sebab main bola perlukan otak yg cerdas bukan badan je yang cergas…
sekali lagi, lagu kembara sesuai dijadikan rujukan…