A.L.O.N.G

// January 5th, 2009 // coretan

Along the way, i’ll will always be by your side, Along.

danishHari ini sesudah solat subuh, along dah bersemangat untuk melihat sekolah yang akan memberikan masa depan yang cerah kepadanya. Doa aku pagi tu agar pendidikan yang diterima dapat diamalkan dan dikongsi suatu hari nanti.

Usai Solat aku bersiap dan Along dah siap berunifom sekolah agama yang telah lama aku tinggalkan, Putih bersamping hijau, warna rasmi seokolah agama rakyat. Macam lobai plak Along pagi itu aku tengok.

Aku pula banyak perkara yang harus aku lakukan pada hari itu, dimana aku ada sessi suaikenal dengan staff baru syarikat aku yang harus aku bawa ke site opis diputrajaya, selepas itu pada petangnya aku ada sessi pengambaran bahasa isyarat utk sebuah telemovie hari ibu nanti.

Tapi itu hanya kerja, bagi aku masa ini yang lebih penting jadi aku terpaksa menguruskan masa aku untuk hari ini. semuanya berjalan lancar dan aku kembali menjemput Along dan Permaisuri untuk sessi seterusnya pula.

Kami membawa along ke Sekolah Kebangsaan Taman Melawati untuk Hari Orientasi pelajar tahun 1 serta ujian diagnostik, ujian lisan dan aktiviti ice breaking pelajar.

danish-2Along ditempatkan didalam kelas 1 Lazim utk Hari Orientasi ini dan setelah berkumpul, guru membawa mereka kekelasnya. Speaker sekolah berbunyi mengumumkan kepada Ibubapa untuk masuk kedalam dewan untuk sessi taklimat oleh guru ko-ordinator dan guru besar sekolah.

Pergh!!! Aku saspek dengan guru besar sekolah ini, sopan santun namun tegas dalam memberi ucapan. guru besar beri 3 hari sahaja untuk Ibubapa berada bersama anak diperkarangan sekolah.

I’ll give you parents 3 days only to be with your children, after that i’ll chase you out from the school,

itu kata kata guru besar, aku tergelak sekejap dan mula mengajak permaisuri aku kekantin kerana aku lapar dan ingin melihat perkarangan kantin dan merasa makanan yang bakal anak aku. Seharusnya selepas makan aku bergegas mengerjakan kerja aku yang satu lagi.

danish-3sebelum pergi aku sempat menjengah secara sembunyi sembunyi bersama permaisuri melihat keletah anak aku, apa yang aku lihat adalah sama seperti ketika dia dirumah. Kelas telah menjadi rumah. Aku senang hati kerana dia pandai membawa diri.

kami pulang dan aku terlewat 5 minit ke tempat kejadian kerana kesesakan lalulintas di persimpangan sunway – kelana jaya.

Tambahan untuk hari ini 07/01/09, Along berjaya ditempatkan didalam kelas pertama iaitu 1 Murni. Aku konfius sekejap dengan keputusan ini, tapi tidak menghiraukannya, nyata dia seorang budak yang bijak.

danish-4

Blog Widget by LinkWithin

Leave a Reply