rush’rs
// December 19th, 2008 // coretan
Hari Isnin yang lepas, aku telah berada di Tall Order Production utk sessi capturing rushes dari mini dv ke digital rushes mengunakan dvcam recorder milik TOP.
seawal jam 10 pagi aku telah berada disana, dan tokei TOP pun telah berada disana utk membuka pintu. Jadi kami bertemu pagi itu dan tokei TOP pun memberi aku kebenaran utk mengunakan Pos studio 1 nya.
Tak sangka plak utk sessi capture tu masalah timbul ketika aku sedang captured tape yg kedua dan ketiga. Imej penuh dengan pixel yang menganggu proses mendapatkan imej bergerak yang cantik.
aku mula risau, terus meminta DP membawa camera utk dicapture nanti.
Hangus raja kertas aku, tapi x kesah, x buat salah mcm mana aku nak belajar.
Semasa kejadian capture footage itu, aku jumpa dengan beberapa orang kuat dibelakang tabir pembikinan TV drama siri iaitu Bro Arab, dia agak teruja dengan shot dan pencahayaan cerita pendek aku itu.
kami berbual hingga beberapa nama terkenal singgah seperti, Bro S. Thamby, Mr, David dan beberapa org lagi.
Melihat kerja tangan aku, Mr David mengoffer aku dgn beberapa tawaran yang menarik, tapi aku rasa belum sampai masanya utk aku membuat sesuatu yang lebih dari kemampuan aku sekarang ini.
dengan kerja diopes dan komitmen kepada pelanggan aku, aku harus memberi keutamaan kepada syarikat kesayangan aku ini. Jadi jawapan aku kepada Mr David adalah aku akan datang jumpa dia bila sampai seru.
Dia senyum dan mungkin faham maksud aku. Dia terus bercerita tentang perangai budak budak sekarang ini. Dan diingatkan aku ini Budak budak, tetapi tegezut apabila aku cakap aku dah ada anak tiga.
Jgn pandang sebelah mata, aku ade ilmu awet muda.
Insyaallah segalanya telah selesai dan aku dapat capture footage yang aku inginkan setelah menghabiskan masa dgn DP serta kawan baru malam semalam.
tak sabar aku nak mulakan proses rough cut utk diberi kepad the fury utk sessi runut bunyi…




ilmu awet muda? kasik turun sikit itu ilmu, boleh?
hahahaha…
boleh, tp ade pengerasnya…