Malaikat Hilang

// December 12th, 2008 // coretan

Hampir aku terlupa pada foto foto yang aku ambil semasa aku pergi mendalami ilmu wayang di negara orang. Kalau tidak ditanya oleh yang tersayang, maka aku pasti tidak akan ingat. Ini aku ada update skit foto foto hari hari terakhir aku disana.

Aku sempat merayap berjumpa dengan kawan penulis aku dari negara republik dominican, iaitu manuel atau nama tagnya adalah man one dari the crewest gallery. Aku sudah mengenali Manuel agak lama didalam dunia maya, tetapi tidak pernah terfikir untuk bertemu dengannya.

Alah bisa aku sudah berada disana dan dengan tujuan ingin membawa yang tersayang serta putera aku berjalan, aku mengambil peluang itu untuk berkunjung ke galeri Manuel yang terletak ditengah tengah Kotaraya L.A.

Aku tiba bersama dengan yang tersayang dan putera aku, tetapi keadaan sedikit havoc kerana terdapat pengambaran TV siri popular berlaku dihadapan galerinya. Yang tersayang begitu teruja melihat kejadian itu dan asyik bertanyakan aku apakah yang sedang berlaku.

Aku melayan nak tak nak saja, sebab tujuan aku ingin bertemu Man One of Crewest Crew. Masuk ke galerinya, aku sudah agak pasti orang yang berjambang itu adalah Man One, tapi aku masuk seolah olah sebagai pembeli dengan bertanyakan bermacam macam soalan berkenaan grafiti darinya.

Sambil itu aku capai juga beberapa helai baju untuk dijadikan kenangan.Sehingga pada satu saat dia bertanyakan asal aku dan disitulah bermula segalanya.

Manuel seakan tidak percaya rakan mayanya berada didepan mata. Aku dikenali sebagai Jin olehnya.

Setelah beramah mesra seperti rakan yang sudah lama tidak berjumpa, Man One menghadiahkan sehelai baju crewest crew kepada aku dan membawa aku kedalam studionya.

Wah! ini sudah agak baik ini. Hasil kerja terbarunya ditunjukkan kepada aku dan aku diberi penghormatan untuk menjadi pengkritik pertama hasil kerja beliau. Aku tidak mengkritik karya beliau tetapi memberi penghormatan dengan meninggalkan tag aku diatas kanvas.

kami berborak sementara yang tersayang dan putera aku mengambil foto pengambaran yang berlaku diluar galeri man one.

Blog Widget by LinkWithin

6 Responses to “Malaikat Hilang”

  1. Jin yang ber’tuah’ terjumpa malaikat yang hilang di lorong-lorong ‘Kota Malaikat’.

  2. sutradara says:

    tuah Ayam nampak dikaki…
    tuah Jin nampak kat mana eh…

  3. Tanduknya mungkin…huhuhu

  4. sutradara says:

    bertuah jin yg ada tanduk rupanya…
    hehehehe…

  5. flow says:

    once in a lifetime maybe, or it could be just a start of a great expectation and journey…

  6. sutradara says:

    Azari, live our life to the fullest and be honest to ourself and pray that god plan a good future ahead…

    anyway my journey never start till the last breath i had….

Leave a Reply