Jejak Megat
// December 4th, 2008 // ceritera
Act I
Disebuah kedai kopi yang menjadi kunjungan pakcik pakcik dan tahi tahi judi sedang berlangsung upacara main tikam. Kegilaan permainan judi ini telah menyebabkan keadaan sekeliling memandang serong terhadap pemilik kedai kopi ini PAK MAT.
Tetapi apakan daya, demi melariskan perniagaan beliau membuka jalan kepada tekong dan tokan menjalankan operasi judi dan penjualan ganja disitu.
MEGAT adalah pengunjung tetap kedai kopi ini. Kiranya kedai kopi ini menjadi rumah kedua Megat dimana sekiranya dia tidak berjudi, dia akan melayan sebalut dua ganja bersama pakcik pakcik pencen sambil melayan permainan catur disitu.
Hari ini Megat agak lewat tiba, ada hal yang ingin diselesaikan diluar manakala didalam kedai kopi upacara seperti biasa cuma ada sesuatu yang luar biasa sedang berlaku. Bekalan ganja bagi pengiat pengiat kawasan tu akan turun dikedai kopi ini, keadaan pengunjung tidak seperti biasa, bak kata pepatah dimana ada semut disitu ada gula.
Setibanya Megat dikedai kopi Pak Mat, dia mendapat isyarat dari AJAK BLONTOK supaya masuk kedalam. Megat mendapati tokan besar KG. DARAT telah datang untuk berjumpa dengan tokan KG. LAUT. kuncu kuncu LAUT LINE sedang bermain daun pakau, Megat duduk bersama mereka dan minta ruang untuk main bersama.
Perbincangan Tokan Tokan dua kampung itu rancak sambil kepulan kepulan asap ganja menyelubungi ruang bilik itu. Gelak ketawa mengamatkan lagi suasana didalam rumah kedai itu dan sampailah masa berakhirnya perbincangan antara tokan 2 kampung itu. Tokan Kg Laut memberi isyarat kepada Megat untuk mengambil bekalan dan diberikan kepada rakan niaga baru kumpulan Laut Line.
Tanpa disangka, sedang Megat dan kawan kawannya mengeluarkan dan memasukkan bekalan kedalam beg, mereka semua telah dikepung oleh pihak berkuasa dari luar dan keadaan menjadi kelam kabut, Megat mengambil langkah drastik melarikan diri melalui pintu belakang sementelah mendapati keadaan menjadi tidak terkawal. Tetapi alangkah tidak bernasib baiknya Megat apabila dia telah ditangkap dan digari ketika hendak melarikan diri dari jalan belakang kedai kopi itu. Megat dibawa ke balai pihak berkuasa dan dimasukkan kedalam lokap sementara menunggu jaminan.
Megat seperti tidak percaya yang dia akan ditangkap, kerana segala maklumat keselamatan kedai kopi dan operasi pihak berkuasa itu sepatutnya sampai kepadanya dahulu tetapi kali ini dia seakan terperangkap.
Megat merasakan kali ini dia akan berhadapan dengan satu tugas berat.




Cant go wrong with a name like MEGAT.
Seriously, macam kau bubuh nama JACK dalam mana-mana filem Hollywood. HAHA!
Who is Megat? ade siknifikan pada nama tu dan ianya sungguh dekat dgn jiwa aku…
jawawood dah faizal…
sir, watak tokan² tu da ada ka belum? hahaha.beminat neh
boleh je fared…
nanti cast…
waaa..sungguh nih? im ready.
kalau ko faham tanggugjawab dan kehendak watak…
x salah pergh…