Jejak Megat

// December 14th, 2008 // ceritera

Act I – Act II

Keadaan keliling gelap gelita dan Megat tidak dapat melihat keadaan sekelilingnya. Dalam hatinya, Megat tahu dia akan ditugaskan dengan satu tugas besar. Tiba Tiba sejalur cahaya muncul apabila daun pintu bilik dibuka dan Megat merasakan sakit dan berpinar biji matanya dicucuk cahaya yang masuk itu.

Samar samar Megat melihat 2 susuk tubuh masuk dan membuka lampu yang samar samar menerangi bilik itu. Megat mendapati sebuah meja dihadapanya. Cahaya lampu hanya menerangi meja yang berada didepannya, Megat tidak dapat mengecam 2 susuk tubuh dihadapannya.

Tiba tiba, Megat dikejutkan dengan bunyi sebuah fail yang dilemparkan diatas Meja. Fail itu bertulis sulit dihadapan nya dan mempunyai sil mohor diraja. Ini bermakna fail diatas meja itu adalah fail sulit kerajaan dan ini meyakinkan Megat lagi bahawa dia akan memikul tugas berat dan harus meninggalkan anak bininya.

Tiba tiba salah seorang berbicara dan bertanyakan Megat akan keadaannya. Adakah dia sudah meninggalkan kerja lamanya dan sudah tidak mahu melakukan tugas tugas yang berbahaya. Sementara salah seorang lagi melepaskan gari dari tangan Megat.

Megat mengelus pergelangan tangannya setelah ianya dibuka dan berbicara kasar kepada mereka berdua. Megat menyatakan keputusannya dan memberitahu mereka yang dia tidak akan menerima apa apa tugasan yang akan memisahkan dia dengan keluarganya. Megat dengan tegas memberitahu yang dia tidak akan menerima tugasan ini walaupun dia dipenjarakan.

Setelah mendengar keputusan dan apa yang dikatakan Megat, mereka berdua meninggalkan Megat sendiri setelah meminta Megat berfikir dan melihat fail diatas meja itu. Sebelum mereka keluar, Megat meminta sekotak rokok dari mereka. Mereka mencampak rokok dan pemetik api diatas fail dan beredar sambil menutup pintu.

Megat mengambil rokok dan menyalakannya, berkepul kepul asap keluar dan bilik itu diselubungi asap sementara mata Megat tidak lari memandang fail diatas meja. Jiwanya berkecamuk kerana perasaan ingin tahu apa isi kandungannya walaupun Megat tahu apa akibatnya juka dia membuka fail itu. Separuh dari jiwanya memintanya membuka dan separuh lagi menghalangnya.

Megat menyedut asap rokok dalam dalam dan tekad mempertahankan prinsipalnya.

Tiba tiba pintu bilik dibuka dan kini sesusuk tubuh masuk dan terus duduk dihadapannya. Alangkah terkejutnya Megat apabila orang yang berada dihadapannya adalah ketuanya, SP FARID sendiri turun berjumpa dengannya. Megat adalah aprentis SP Farid dan kehadiran SP Farid sudah tentu menambah terukkan bebanan yang ditanggung Megat.

Megat menyalakan sebatang lagi rokok dan dihembuskan kepada SP Farid. Megat bersuara dengan menyatakan prinsipnya kepada ketuanya. Ketuanya hanya tersenyum. Megat memberitahu perihal yang berlaku kepada dirinya kepada ketuanya.

Megat tidak lagi mahu melakukkan tugasan besar dan berbahaya kerana kini sudah berkeluarga dan Megat mahu menetap dan membina keluarganya ditempat yang kini Megat sedang bertugas.

SP farid mula berbicara dan mula bercerita tentang Megat yang dikenalinya. SP Farid amat mengenali Megat dan tahu kelemahan Megat. Namun kali ini dia tidak berjaya menembusi tembok prinsip yang dibina Megat kali ini. Megat tekad ingin membina keluarganya.

Akhirnya SP Farid mengambil langkah drastik dengan membuka fail sulit itu. Megat agak terkejut dan cuba membantah tetapi alangkah terkejutnya Megat apabila terlihat sekeping gambar yang amat dikenalinya. Ia gambar foto itu amat dikenali Megat. Megat seakan tidak percaya dengan apa yang dilihat.

Memang benar gambar foto itu adalah gambar penjenayah yang paling dikehendaki dan sememangnya menjadi cita cita Megat sebelum bersara ingin melumpuhkan kegiatan Penjenayah itu.

Ia, gambar foto itu adalah gambar foto BORON dan Boron adalah sasaran tugasan kali ini dan SP Farid yakin yang Megat tidak akan menolak tugasan ini setelah melihat sendiri apakah tugasan yang diberikan.

SP Farid berjaya dengan taktiknya.

SP Farid tidak berlengah sementara Megat membelek gambar foto itu dengan memberi taklimat ringkas tentang tugasan yang harus dilakukan Megat. Megat hanya mendengar tanpa memberi apa apa respon. Matanya tajam melihat gambar foto Boron.

Setelah tamat memberi taklimat ringkas, Megat bersuara dan memberitahu SP Farid tentang keputusannya. Dia tidak akan menerima tugasan itu tetapi akan menimbangkannya keran dia harus berbincang dengan Isterinya dahulu dan apa apa keputusan akan diberitahu kepada SP Farid seperti biasa.

Megat memberi satu syarat kepada SP Farid iaitu ini adalah tugasan terakhirnya dan dia akan bersara selepas tugasan ini dan dia mahu mendapatkan kembali identiti asalnya seperti dulu agar dia dapat meneruskan kehidupannya dengan aman bahagia.

SP Farid bangun dan menghulurkan tangannya bersetuju dan Megat menyedut rokoknya dalam dalam sebelum menyambut jabat tangan yang dihulur SP Farid.

Megat yakin dia dapat menjalankan tugasan ini dan mendapatkan kebebasannya.

Blog Widget by LinkWithin

Leave a Reply