Hijrah

// December 31st, 2008 // coretan

pixel1Hari ini dah 3 Muharam, 3 hari berlalunya tahun hijrah 1430. Alhamdulillah segala yang bermula pada 1429 dan berakhir dihujungnya dapat aku laksanakan mengikut perancangan.

Alhamdulillah segala yang dirancang itu selesai dan ada yang perlu dibawa kehadapan untuk dilaksanakan, Insyaallah. Ada juga rancangan baru sepanjang 1430 yang aku aturkan untuk aku capai. Insyaallah.

Setiap akhir tahun hijrah aku akan merasa keseorangan dan merasa kehilangan dan perasaan itu ditambah apabila saban akhir tahun aku dikhabarkan dengan khabar berita saudara saudara aku ditimpa dugaan yang amat berat utk ditanggung oleh jiwa.

Bilakah agaknya masa dan ketikanya saudara saudaraku akan bersatu membentuk gelombang yang membersihkan segala hinaan, cercaan dan paling penting menghapuskan musuh yang satu. Gelombang dihati begitu terasa apabila khalifah kecil dianiaya dan Ibu diperlakukan seperti tiada jiwa.

Perjalanan yang satu ini telah termaktub sepanjang akhir tahun hijrah sebagai perjalanan yang wajib aku tempuh sekiranya itu yang perlu aku perjuangkan. 5 Jurus Jiwa , 6 Jurus Haq serta 13 Jurus hati akan membentuk aku menjadi pejuang pada masa yang telah dijanjikan, insyaallah.

pixelHijrah aku umpama mengait purnama yang hilang ketika mentari menyinari subhi. Sujud aku ibarat mentari cair disirami Purnama. Namun aku tidak pernah rajuk bila hilangnya purnama dan mentari kerana pasti haqnya berjumpa kembali.

Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah dan Masihi kepada semua.

Blog Widget by LinkWithin

Leave a Reply