FA 8

// December 30th, 2008 // coretan

Aku pergi menonton pada 21 Disember dan kini baru dpt masa nak kongsi, menonton filem pendek karya pengarah Indie Malaysia, memberi sokongan kepada rakan pengarah dan penulis iaitu Tok Rimau sambil mengambil peluang untuk mengemas kini projek aku dengan kumpulan penulis tersohor sindiket sol-jah.

fameDapat juga bertemu rakan yang dah bertahun x jumpa iaitu Azmi, budak masai yang jadi pemain drum dalam citer Mamat Khalid, Rock dan berkenalan dengan rakan pengarah yang baru iaitu Norman Arule dari Puchong yang baru pulang dari Filipina belajar bikin filem.

Pendek cerita aku nak buat sedikit ulasan tentang apa yg aku nampak dan lihat di FA 8, bagi yang tak tahu apa itu FA, FA adalah singkatan kepada filmmaker anonymous. Mereka adalah satu angkatan pembikin filem bebas.

Filem pertama yang ditayangkan bertajuk “Search For“, surrealisma yg dibawa pengarah didalam menyampaikan kehendaknya. Berkisar pada perjalanan 2 homosapiens yang mencari cari erti kehidupan yang memerlukan pengorbanan. Elemen pengorbanan yang dibawa agak longgar. Filem ini boleh dikatakan abstrak dan tidak semua yang boleh memahami isi dan jiwa cerita ini. Seni teknikal  filem tiada, main ikut rasa dan sedap je.

fame2The Last Supper” filem pelajar sekolah filem. Berat dan gelap, elemen saspen dan drama yang dibawa menaikkan nafsu aku serta menginjak batu jemala aku agar berfikir penceritaan dalam cerita ini. Cerita yang ditongkat oleh watak watak yang bermain didalam satu cerita amat memerlukan peraturan peraturan agar cerita itu tidak lari dari penceritaan. Dari segi teknikal pula aku angkat topi. Tak perlu cerita, korunk gi ifilmindie dan tgk sendiri.

Filem ketiga agak pendek dan straight forward, “Ah Long” tajuknya. x nak reviu panjang panjang sebab cerita dia pendek sangat. Abstrak dan penuh dgn FX yang membazir.

Jiwa seseorang yang menyambut harijadinya pada Hari Merdeka, enjoy cerita ini kerana ianya tidak berat dan sesuai ditonton dan dilupakan. “Selamat Hari Jadi” tajuknya. Bagi aku, oklah cerita ni dgn isu remeh yang sepatutnya tidak menjadi isu berkenaan halal dan haram

fame1Kalau membesar diperumahan bertingkat yang mana bumbung dan lantainya adalah milik orang lain pasti korang akan faham cerita ini, “Bumbung Aku Lantai Orang“. Coretan hak dari seorang rakan penulis ini sememangnya kuat dari segi sinematiknya dan penceritaan. Jujur dan tidak mencacatkan kehidupan benar yang berlaku disekitar komuniti flat itu. Bukan nak banding tetapi kalau nak dibandingkan dengan “Punggok Rindukan Bulan” karya junior aku di SDJ tu, Jiwa dan Roh filem ini lagi kuat. Yang aku pelik, sepanjang filem ini ditayangkan, penonton semua tak putus putus tergelak. Aku sedang menonton filem komedi sekarang ini.

Filem terakhir, filem dari pembikin filem Iran, Alireza yangs edang menuntut di MMU. “An Orange Butterfly“, padat dgn bahasa filem walaupun dialognya agak kaku, pengunaan bahasa filem ini banyak membantu aku menginterpretasi sendiri apa yang akan berlaku pada babak seterusnya hinggalah dhidangkan babak yang telah berada didalam kepala aku dari awal mula penceritaan.

Sehabisnya tayangan mulalah sessi soaljawab yang bermula tanpa soalan dan berakhir tanpa jawapan. Usai tamat sessi kami berlegar legar dan lanjut duduk di restoran mamak hingga larut.

Masing Masing ambil jalan pulang.

nota kaki: foto adalah hasil tembakan effasyafizah.

Blog Widget by LinkWithin

4 Responses to “FA 8”

  1. filmaker says:

    correction: film terakhir dari director Iran tu tajuknye An Orange Butterfly.

  2. sutradara says:

    tanx filmmaker for the correction…
    another correction, filmmaker is spell with 2 ‘m’…

  3. ina says:

    Tok Rimau memang champion. filem yang lelain tu entah apa tah i tengok. i harap tok rimau dapat dilantik menjadi menteri besar johor satu hari nanti. tapi reviu u memang power. nampak sangat u ni berpelajaran dan berkefahaman dan mempunyai jiwa yang penuh kesenian dalam bidang filem. best!

  4. sutradara says:

    menteri besar, insyaallah…
    sama sama kita doakan tok jd MB…
    tq…

Leave a Reply