video ke filem?
// November 3rd, 2008 // coretan
Sampai saja kat rumah lama yang masih utuh berdiri, aku terus mencari sahabat dari kampung. tergezut aku melihat bagaikan ada satu rusuhan atau demonstrasi di tempat yang sepatutnya. hebat, jiwa kerdil aku berkata, memang hebat.
Sebelum aku bertemu dengan sahabat, aku selisih dengan naga yang menjaga dan mengawal dan memantau tapak kejadian, sempat bertegur dan bersalaman tapi kerana urusan menjaga keamanan dan keharmonian kejadian lebih utama, tak sempat nak borak lama lama. aku teruskan pencarian.
kelibat dan bayangan dari satu sudut sudah merangsang naluri aku yang aku telah jumpa apa yang aku cari. iya memang betul. salam pendekar jabat pendita, sahabat lama, dirumah usang bertemu jua.
foto ihsan curi dari facebook asmara mohd zain
takde lah lama tak jumpa, adalah dalam beberapa hari. seperti biasa usul kami hanyalah untuk bersantai dan melihat tayangan video pendek dengan tanpa persoalan dikepala yang bakal menyerabutkan batu jemala. aku datang dengan satu tujuan, ingin mengusulkan satu ide dan memberi peluang kepada mereka yang ingin bersama aku berpimpin tangan memartabatkan industri kecil filem negara. jauh lagi perjalanan untuk membuka minda rakan supaya berjuang tanpa mengharapkan balasan.
satu soalan mula terpacul dari mulut sahabat, ‘ Aku, rasa lebih bagus semua video ini jangan diletakkan bunyi latar atau soundtrack arr ojie?” apakata kau.
mulalah sessi yang paling aku x gemar tapi aku teringat kat mahaguru aku,
jangan menipu dan menyogok satu satu karya dengan sesuatu yang tiada kena mengena dengan karya itu sendiri. Biar karya itu berdiri sendiri dan jangan dihakimi orang yang berkarya itu kerana tiada yang betul dan yang salah dalam menghasilkan satu karya yang jujur dari jiwa yang kecil lagi tak berilmu itu.
kata kata hikmah itu aku terjemah dengan mudah kepada sahabat aku, ” untuk menarik perhatian, aku kena menipu”. dan satu penerangan yang cukup jelas dan memuaskan hati sahabat aku. dia dan aku terus memerhati layar dan keadaan kejadian.
Jom ambil air, ajak aku.
Ok, jom.
aku dan sahabat pun pergi ketempat mengambil air dan mengisi segelas air yang suam suam kuku untuk kami hirup. kami sambung memerhati.
sessi berehat dimulakan dengan satu gimik propaganda sekadar hiburan, dan tiba tiba timbul satu konsep hebat dari pemerhatian kami tadi. sahabat tahu tujuan aku dan dia juga berhasrat ingin bersama sama berjalan menjadi satu aliran yang arusnya kuat dan boleh menjadi sungai yang memberi rezeki kepada rakan insan yang lain. aku setuju dia setuju, tak sampai sejam satu konsep kami siapkan.
Insyaallah batu dijalan bukan penghalang, yang menentukan juga adalah yang membuat keputusan. Aku lahir hanya untuk berusaha dan membuka jalan.
selesai sahabat memohon untuk berundur dan aku masih lagi memerhati.
sessi ini dalam jiwa aku sama seperti aku rasa ketika filem pelajar yang aku buat diprawarakan di Universal Studio. nikmat itu merangsang aku untuk bersosial walaupun aku lebih suka sendiri dan memerhati.
tiba tiba mendapat peluang berborak seorang otai kartun, aku bercerita tentang kefrust’an aku dan dia mengiyakan yang bukan aku sahaja yang frust. seronok arr juga bila tahu bukan aku sorang yang frust.
masa berlalu, aku dapat jumpa beberapa rakan lain dan berborak. aku ni suka kongsi apa yang aku rasa, lalui dan pelajari. mungkin dengan secara ghaib aku memberi sedikit ilmu yang dapat dibawa dan membantu aku, itupun kalau ada yang dapat. aku memang macam tu.
akhirnya sessi berakhir, semuanya aku lihat dan semuanya memberi aku ilham. terima kasih. hendak dinilai aku bukan pegawai penilai tetapi betul kata sahabat aku tadi yang memang menjadi salah seorang panel juri filem pendek difestival sekitar asia ini, cerita yang diceritakan boleh berdiri dengan sendiri, yang mengagalkan cerita itu hanya bunyi latar yang memesongkan fokus fikiran ke sudut lain. tiada yang betul dan salah dan aku bangga dengan semua pembikin video walaupun cerita aku ditembak mengunakan filem, tetap bangga dapat ditayangkan dengan sekumpulan video.
oh lupa, hero aku roy rogers ucap tahniah dan bagus pada shot tembakan yang aku buat kerana tidak mengunakan apa apa efek tambahan. tq my hero dan ramlan sulong.
aku x pasti kat mana istimewa apa yang aku buat, tapi bagi pemikir pemikir, mesej yang aku nak sampaikan itu sahaja yang lebih penting dan sebenarnya diakhir cerita aku tu ada satu dialog yang aku bisukan yang berbunyi, ” Remember old man, I once told you that i don’t believe in democracy, now have a nice trip to hell”.
aku berjumpa dengan El, rakan pejabat semasa aku diKLCC dan dia mengatakan tidak faham langsung dengan penceritaan aku. aku senyum, tq El for your support. It’s a personification.
rata rata aku suka filem aku sendiri dan video dari Alif, kalau Alif diberi peluang untuk belajar seni dan bahasa filem…pergh aku tak tahu nak ramal sebab itu bukan urusan aku tapi Alif memang berbakat.
video Dean Sham, musikal adalah minat aku juga, tapi bagi aku kiranya kalau lebih banyak ulangkaji dibuat, video Dean Sham memang hebat.
video hero aku, aku x nak komen lebih lebih, konflik, persoalan, jiwa dan rentaknya semua ada, jadi jgn komen lebih lebih.
video awek aku makhluk asing, kuat jiwa video ni cuma bahasa dan seni filem tak ada, macam tok cakap, aku setuju tok, kena ada ilmu.
video dari jutawan fotografi, aku rasa kenapa shot shot yg resemblance kepada pengarah yasmin ada, jadi utk ini identitinya tiada tapi cerita dan jiwa cerita ini cukup kuat untuk berdiri sendiri.
video ayam kongsi gelap, lagu besh.
video awek tudung mati kena tembak yang Dean Sham berlakon, tok aku suka cerita ini, tapi aku hilang arr, jiwa cerita ini macam main tarik tali.
last skali video hari bodo aku, buat aku terkenang kenang dan seketika aku tergelak sorang sorang. benny aku rasa ni lah dia.
keseluruhan acara ini amat baik dan alhamdulillah segala yang baik datang dari allah.
aku amat menyokong dan mengalakkan kiranya gang sol-jah meneruskan tetapi kali ini lebih serius dan melakukan tema. cadangan aku untuk acara yang akan datang seperti ini, buat tempoh tayangan yang lebih singkat seperti bawah 5 minit atau nak lebih sadis buat 1 minit lebih kurang tanpa bunyi.
tujuannya nak bercerita melalui visual, jadi lebih pendek lebih baik.
tahniah sindiket sol-jah dan sekiranya memerlukan bantuan dan informasi berkenaan pembikinan filem pendek, tanya jelah.




