Monoprimus
// November 20th, 2008 // fotografi
Aku dah lama tak bereksperimentasi dengan perkakas ukiran cahaya aku. Aku telah ditolak oleh satu kemahuan untuk mencapai sesuatu yang tidak dapat digambarkan dalam batu jemala aku ini.
Bermula dari melihat dan memantau mencari subjek subjek yg sesuai, tetapi tiada sesuatu yang dapat memberi aku apa yang aku inginkan. Akhirnya aku teringat akan rakan segusti aku iaitu Prime, dah lama tak jenguk dia, apa khabar kah dia…
Aku bergegas mencari Prime, masih berdiri tegak terpacul menanti aku dan setelah memenuhi segala keinginan Prime barulah kami mencapai persetujuan melakukan rancangan aku.
Maka dengan itu terhasillah beberapa keping foto ukiran cahaya Prime. Dengan sedikit ilmu CLS yang aku pernah pelajari dari rakan rakan dan experimentasi terhasillah monoprimus.
Aku bermula aksi dengan rime menjadi model utama kira kira sebelum tengah malam ditemani Daim yang tak habis habis mengarah aku supaya mengambil dari posisi yang berbeza beza. Lagak seorang pengarah fotografi yang bekerja dibawah seorang pengarah tersohor, aku ikut sajalah.
Mana tahu sudut sudut yang dicadangkan tu menarik dan berbeza dan mungkin pencahayaan yang berbeza resultnya akan berlaku. Tapi semuanya biasa biasa sahaja
Prime sudah beberapa kali menukar gaya heronya dan bateri flash pun dah beberapa kali ditukar caj. masih belum ada result yg baik. Mata dah makin layu dan jam memang dah lebih dari pukul satu pagi.
Hoi, Daim tak tidur lagi, jawab esok mamat ni. tanpa lengah signal pada Prime wrap. terus masuk tidur.
Suka Prime dilayan seperti model. dey pigi dah…
foto diambil dengan mengunakan aturan 1/250 sesaat dengan f9.5 dan ada beberapa setting lain digunakan utk foto yg akan menyusul, insyaallah.



