Gerak Gerak

// November 15th, 2008 // filem

Aku sudah lama menantikan filem animasi ini dipanggung. Kalau dulu aku menonton bersama Danish dan Isteri, kali ini aku ade 2 orang tambahan yang sememangnya teruja juga hendak menonton filem animasi ini. aku yang sememangnya berlatar belakangkan bekerja didalam sebuah syarikta animasi suatu ketika dahulu sememangnya menjadi sesuatu yang haru menonton wayang animasi.

MADAGASCAR : ESCAPE 2 AFRICA, kalau dulu Alex seekor singa yang menjadi pujaan di Zoo Central Park New York, bersama rakannya terdampar disebuah pulau. Aku sangat seronok menonton filem pertama itu hinggakan aku mendapatkan DVDnya pula dan yang kedua ini pun aku telah mendapatkan DVDnya juga.

Cerita kali ini dimulakan dengan Alakay seekor anak singa yang sedang dilatih oleh bapanya, Zuba menjadi seekor singa alfa tetapi Alakay lebih cenderung kepada menari dan bermain dengan sang rama rama. Sedang Zuba melatih Alakay datang seekor singa yang iri hati terhadap keberanian Zuba dan cuba mengajar Zuba cara melatih anaknya dan ketika itulah sedang Alakay leka bermain, ia telah terperangkap dengan pemburu dan dibawa lari.

Menyedari Alakay dilarikan, Zuba cuba menyelamatkan Alakay tetapi dalam satu pergelutan, Zuba ditembak dan Jeep yang membawa Alakay terbabas dan tercampaklah Alakay kedalam sungai dan disinilah bermulanya kehidupan seekor Raja di Bandaraya New York iaitu Alex yang menjadi pujaan pengunjung Zoo Central Park New York.

Penceritaan kali ini lebih kuat dari segi emosi, setiakawan dan keberanian yang diketengahkan pengarah dan penulis dimana aku sikit pun tidak merasakan hilang dalam cerita ini walaupun aku sudah boleh mengagak bahawa cerita ini akan menemukan Alex dengan keluarganya di Afrika dan rakan rakannya yang lain akan bertemu dengan kaum kerabat mereka.

Ketika Zuba merasakan Alakay adalah pengantinya tetapi kecewa apabila melihat Alakay hanya tahu menari, dan ketika Alex menunjukkan kepada Zuba apakah yang sering dibuatnya ketika di New York dan bagaimana orang disana menagung agungkannya.

Setiap rentak dan plot yang diceritakan seronok dan aku senyum sepanjang animasi ini dimainkan. Muzik runut yang sememangnya sebati dengan cerita ini arahan Hans Zimmer sememangnya menjadi ikon dan tanda cerita ini.

Sesuai ditonton bersama keluarga dan tinggi nilai jiwa serta estetika moralnya.

Blog Widget by LinkWithin

Leave a Reply