us

// October 21st, 2008 // filem

Aku bersama famili ke layar sinema seperti biasa, tetapi kali ini luar biasa kerana didalam sinema hanya ada kami sefamili sahaja. aku sungguh gembira sebab dapat fokus melihat movie yang memang aku nak tgk iaitu KAMI.

Tema yang dibawa cerita ini adalah tentang kami atau sekumpulan remaja yang akrab yang masing masing mempunyai permasalahan sendiri dan hanya jika mereka bersama sama, masalah itu dapat dilupakan.

“Hidup ini memang palat, tetapi esok masih ada”

Logline ke itu? entah tapi ianya kena dengan cerita ini.

Permulaan cerita mengenalkan kesemua watak dimulakan dengan ABU, seorang remaja juvana yang mempunyai cita cita tetapi masalah melanda tidak dapat dijangka dan ABU tewas merengkok dirumah remaja bermasalah. Usai mengenalkan ABU, watak ALI diperkenal sebagai seorang remaja yang hidup mewah bersama bapanya seorang Datuk dan ALI bekerja disebuah syarikat pelancongan.

Aku pada mulanya merasakan yang ALI ni seorang yang spoiled oleh kerana ketika hendak kepejabat, penjaganya menyuruh ALI bersarapan tetapi ALI enggan keran dikatakan sudah lewat ketempat kerja maka penjaganya membungkuskan makan itu untuk ALI. Manjanya mamat ni.

Setelah ALI diperkenal, tiba masa watak tiga gadis pingitan yang menjadi watak sokongan menolak watak ABU dan ALI. Mereka baru sahaja habis menjalani peperiksaan SPM dan mereka adalah LYNN, ADII dan SOFIE.

Setup atau premis perjalanan cerita ini berlaku dipinggir bandaraya kuala lumpur dan sekitar jalan medan tuanku, dimana kalau dilihat secara realitinya, tempat ini biasa biasa aja. Tahniah pada pengarah kerana berjaya memaparkan sudut yg berbeza premis ini. Boleh dikatakan shot dan angle yang diambil kurang dramatis cuma ianya dapat membantu perjalanan cerita ini.

Penceritaan pada babak ini banyak membantu apakah haluan cerita ini, dengan dibantu watak watak tambahan yang cukup kuat membantu scene scene dramatis dan cemas cerita ini.

Ketika didalam sebuah persembahan musik, ALI yang murung dengan satu kritikan sebuah majalah terhadap bandnya cuba ditenangkan oleh ABU dan disinilah watak antagonis iaitu seorang pusher yang pernah menjadi pelajar yang belajar bahasa inggeris dari LYNN.

Segalanya bermula apabila Antagonis ini bertempur dengan ALI dan ABU disebuah terowong pejalan kaki.

Hingga ketahap ini, aku cuba untuk tidak memikirkan apa yang akan terjadi kepada mereka berlima selepas insiden yang akan membawa perubahan terhadap semangat setiakawan mereka ini.

Meneruskan cerita, rintangan yang dihadapi oleh mereka ini bagai boleh diagak, ianya sama seperti permasalahan remaja dan kebijaksanaan sutradara memainkan permasalahan ini agak mendatar dimana ketika MAMA SOFIE mendapat tahu perkahwinannya dengan JAMAL dibatalkan dan MAMA SOFIE membuang semua persiapan perkahwinannya kedalam bakul sampah dan tiba tiba ia ternampak surat tawaran belajar untuk SOFIE manakala MAMA SOFIE masih ditalian, sempat juga ia membaca isi kandungan surat itu dan terus menyembunyikan dari pengetahuan SOFIE dan dari situ aku sebagai penonton akan tahu apa akan terjadi sekiranya SOFIE mendapat tahu tentang perkara itu. Macam si LYNN pula, kerana ingin menyimpan rahsia silam dari kawan kawannya, dia sanggup membantu pusher tadi menjual pil khayal dan akhirnya pusher tadi menemukannya dengan ALI yang tidak sanggup lagi memikul beban masalah mengetahui yang ibunya ingin berkahwin lain.

Aku ketika ini masih lagi menonton sebagai penonton kerana bagi aku sutradara telah bercerita dengan baik cuma kekurangan elemen elemen yang boleh membangkitkan nafsu aku untuk berfikir apa akan terjadi dan kenapa ia jadi begitu dan bagaimana boleh sangkut cerita ini dengan cerita itu dan aku akan mengeluh panjang, tetapi aku tidak berbuat begitu.

Kerana sifat sayang dan mengambil berat antara satu sama lain, permasalah LYNN adalah masalah utama dalam cerita ini dan segalanya terlerai satu persatu berpunca dari sikap ALI yang cuba menjadi hero macho dan tidak mahu berkongsi masalahnya tetapi cuba menyelesaikan setiap masalah rakan rakannya dan ini menyebabkan terkorbannya ABU.

Aku amat santai menonton cerita ini, dan aku amatlah menyokong sesiapa yang ingin menonton cerita ini agar pergi menonton bersama keluarga terutama kepada remaja remaja.

Hayati cerita ini dengan santainya dan jangan prejudis terhadap penceritaannya.

3 bintang dari aku.

Blog Widget by LinkWithin

Leave a Reply