paling muda
// October 31st, 2008 // filem
Setiap hari setiap saat, kalau waktu terluang dia akan tanya aku untuk mengunakan handycam cabuk yang dah lama tak digunakan itu. Akhirnya setelah melihat kesungguhan dia ingin mencuba, aku tanya dia apa ceritanya. Dia pun mula mevisualisasikan ceritanya kepada aku lagak seorang pencerita.
setelah habis, aku faham bahawa dia nak tunjuk apa yang selalu dia buat setiap hari semasa beliau belum bersekolah. Persetujuan dah diperolehi dari produser iaitu mama dia, maka aku pun memberi dia handycam berserta tripod. Tetapi dia mengarahkan aku untuk merakam dan dia akan berlakon.
Akhirnya, inilah hasil nukilan dan impian seorang anak yang mahu berehat dan menikmati cerita diTV sementara menunggu waktu utk mengaji.



