Kosmo II
// October 28th, 2008 // coretan
Sekali lagi, kali ini nama aku diseru untuk satu event kecil berjiwa besar anjuran gang sindiket sol-jah iaitu Maskara Shorties.
Siap dengan segala maklumat tentang siapa aku, huhuhuhu…malu siyot.
Entah aku dah story ke belum tentang cut short aku yang ini tetapi kali ini aku hantar filem bisu, sebelum ini prawara utk urbanscapes aku hantar versi naratif dan untuk anonymous filmmaker juga aku tayang versi naratif tetapi versi potong yang berbeza.
Mungkin citarasa aku dan bajet asal semasa aku belajar adalah membuat filem bisu.




