Bikin Filem II
// October 28th, 2008 // filem
Kembali lagi, sebelum ni aku ada berikan diagram untuk perancangan bikin filem. Kali ini aku nak kongsi bagaimana nak mulakan kerjaya sebagai pembikin filem.
cut, take 2.
Macamana nak jadi Pembikin Filem. Pembikin Filem terbahagi kepada dua;
Produser Bikin Filem – Pembikin Filem
Produser Perunding – Pembikin Filem
Aku nak cerita pasal Produser Bikin Filem dan aku terangkan serba sedikit pasal Produser Perunding.
Produser Perunding aka Produser adalah Jurujual aka Peniaga.
Untuk menjadi Produser Perunding, anda hendaklah memahami dan mempraktikkan kata kata ini iaitu, “Aku ada beberapa projek menarik yang dalam peringkat pembangunan”.
Seorang Produser Perunding selalu memulakan rundingan mereka atau menarik perhatian pelanggan mereka dengan kata kata itu.
Mereka selalunya bermula dari atas, dan mereka hendaklah mendapatkan rundingan dan pelaburan serta mereka bekerja tidak henti henti.
Ok kembali kepada tajuk iaitu macamana nak jadi pembikin filem. Sebagai Produser Bikin Film aka pembikin filem.
Seorang Pembikin Filem adalah seorang pengelamun aka seorang yang melihat sesuatu wawasan.
Untuk menjadi seorang pembikin filem, kata kata “aku ada impian” perlu ada dalam setiap kerja mereka.
Pembikin filem bekerja dari bawah, mereka membeli stok filem atau stok Pita. Menyewa kamera dan bersedia untuk pengambaran sebuah projek filem dan memberitahu pelakonnya ACTION, CUT dan WRAP.
Frasa penting untuk memulakan kerjaya sebagai pembikin filem adalah, “Mula dengan bikin filem, baru buat rundingan”.
Apakah makna frasa itu?
Ia bermakna, sekiranya mahukan projek RM20,000,000 buat projek RM2,000.000.
mahukan projek RM2,000,000 buat projek RM200.000.
mahukan projek RM200,000 buat projek RM20.000.
Jadi tidaklah anda bermula dari atas, mereka semua bermula dari bawah.
Apakah gaji pembikin filem yang pertama kali bikin filem?
Tiada gaji, tetapi nama anda telah berada didalam industri, anda berjaya kerja dalam industri anda jadi ” Mula dengan bikin filem, baru buat rundingan”.
dimana sumber pembikin filem di Malaysia dan sumber latihan?
FDAM, SWAM, PPFM, Seniman dan Karyawan adalah sumber untuk bermula dan mendapatkan informasi.
Latihan disediakan oleh FINAS dan pada setiap bulan ada bengkel pembikin filem yang dikendalikan finas dengan harga yang dalam lingkungan mampu dibayar.
Dan dapatkan buku buku yang ada disetiap kedai buku berkenaan bikin filem. Terdapat banyak buku mengenai pembikinan filem kat kedai buku, carilah dan rajin rajin baca buku.
Sekarang informasi penting untuk mulakan kerjaya sebagai seorang pembikin filem.
bagaimana nak bermula?
langkah 1: Mulakan filem cereka pertama anda.
langkah 2: dapatkan skrip
langkah 3: Jadikannya Hebat
- Ringkas dan mudah difahami
- 90 minit, 1 lokasi.
langkah 4: tahu bajet anda.
RM20.000
- a. pengambaran seminggu
- b. digital
RM200.000
- a. pengambaran 2-3 minggu
- b. filem atau HDV
langkah 5: Pelakon
- a. ASWARA / Agen Pelakon
- b. Bayar dengan bajet yang rendah
- c. membayar pelakon serendah RM100 sehari.
langkah 6: Ujibakat pelakon ( Ulangkaji)
Langkah 7: dapatkan dan bersetuju dengan lokasi dan bersedia untuk pengambaran
langkah 8: dapatkan DOP dan kru
langkah 9: Shoot dan Edit
- a. dalam bajet
- b. dalam jadual
langkah 10: Hantar filem anda ke pesta filem
langkah 11: dapatkan pengedar dan pelabur
langkah 12: Selamat datang ke pembikinan filem.
langkah 13: buat filem cereka ke 2.
- RM200.000 – RM2,000,000.
langkah 14: buat filem cereka ke 3.
- RM2,000.000 – RM20,000,000
langkah 15: buat filem cereka ke 3.
- RM20,000.000 – RM200,000,000
wow, kalau anda berjaya buat sehingga RM200,000,000, tahniah.
akhirkata kepada bakal pembikin filem, ” Mula dengan bikin filem, baru buat rundingan”.



