amarah sarah
// October 15th, 2008 // ceritera
“Amarah Sarah”
oleh Rozinor Razali
Act I
Sarah gadis dari kampung yang telah lama bekerja dikota metro yang dahulunya tampak riang dan kekadang dengan pembawakan attitudenya yang gila gila remaja ini tidak pernah lupa asal usul.
Setelah bernikah dengan Amin, pemuda dari kampung, kehidupan Sarah berubah. Sarah nampak perubahan pada Amin. Amin jarang pulang rumah dan jarang juga hendak berbual dengan Sarah. Sarah sunyi dan sesekali Sarah ingin kembali bekerja seprti dahulu.
telefon bimbit Amin berbunyi sedang baharu sahaja Amin terdampar puas melayari orgasmenya sendiri manakala Sarah terapung melayari sisa ombak yang tak bergelora. Amin menjawab telefon dan bersiap untuk keluar. Sarah tersedu dan menjenguk Amin dari tingkap tanda dia masih cuba untuk setia.
Sarah sedar dia harus menerima kenyataan yang Amin sedang mabuk bercinta dengan seseorang dan Sarah harus mengambil tindakan. Tidaklah guna belajar ilmu persilatan sehingga tamat pengajian sekiranya ilmu itu tidak digunakan. Alang menyeluk pekasam biar sampai kepangkal lengan.
Sarah bertekad akan menjejak Amin dan beri Amin rasa nikmat dunia yang dikejarnya dan langkah pertamanya ialah berjumpa dengan Boron….
Sarah dan Amin duduk dipinggir bandar dan masing masing mempunyai kerjaya. Amin mempnyai kisah silam yang tidak kurang hebatnya dengan perilaku lelaki dahi licin dan kaki perempuan manakala Sarah pula gadis kampung yang lincah ibarat burung merpati, namun begitu Sarah jarang dilihat berkepit kehulu hilir bersama lelaki kerana perwatakannya yang dikenali garang dan bengis.
Entah itulah namanya jodoh yang telah ditetapkan tuhan, Sarah dan Amin jatuh cinta semasa suatu majlis tandatangan antara syarikat dimana Amin dan Sarah bekerja. Mereka adalah pegawai perunding projek yang akan bekerjasama untuk satu projek mega kerjasama syarikat yang mereka berdua bekerja.
Tidak lama setelah selesai melaksanakan projek mega itu, Amin melamar Sarah kerana tertawan dengan kelembutan dan kesopanan Sarah walaupun lagaknya lincah dan sukar diagak.
Sarah telah bersedia untuk menghadapi apa sahaja selepas ini, walaupun ia tahu berjumpa dengan Boron adalah satu langkah yang tidak patut dibuat tetapi Boron adalah ruang bagi Sarah mendapatkan maklumat dan mendapatkan bedil untuk rancangannya.
Disebuah bar ditengah tengah kota metro, Sarah masuk kedalam Bar yang penuh dengan manusia yang hidup tidak pernah kenal erti halal dan haram mahupun dosa dan pahala. Apa yang mereka buat dan lakukan adalah untuk hidup.
Didalam bar kelihatan beberapa lelaki sedang duduk mabuk dan kelihatan pelayan Bar iaitu Boron melihat Sarah dengan agak terkejut.
Sarah tidak menunggu lama terus sahaja bertanyakan Boron maklumat yang diingininya tetapi Boron tidak melayan Sarah dan ini menimbulkan amarah Sarah tetapi beliau harus bersabar.
Sarah mengeluar segumpal wang dan diberi kepada Boron, dan meminta maklumat yang diingini, tanpa basa basi Boron memberi segala maklumat yang diingini kepada Sarah.
Boron juga sempat menasihati Sarah supaya jangan mengapakan perempuan simpanan Amin kerana perempuan itu adalah dari kumpulannya.
Sarah mengeluarkan segumpal wang lagi, kali ini dia meminta Boron memberinya Bedil untuk digunakan. Boron mengambil wang dari Sarah dan memberi isyarat kepada rakannya dan memberitahu Sarah untuk mengambil bedilnya semasa ia keluar dari barnya.
Ketika keluar sarah diberi sesuatu didalam kotak dan Sarah pulang kerumah. Dirumah Sarah membuka kotak dan mendapati sepucuk pistol dan beberapa butir peluru didalamnya.
Sarah tersenyum merancang sesuatu.
Act II
Amin pulang kerumah seperti biasa, membawa isi perut yang tak pernah cukup walaupun selalu makan luar. Dirumah kepura puraan Amin tidak dapat dibendung, Amin memang tidak boleh berlakon, setiap langkah dan perilakunya kaku. Amin rimas berada dirumah. Seperti cacing yang dipanggang melihat tingkah laku Amin.
Telefon bimbit Amin berbunyi, tanpa basa basi Amin menyambut deringan telefon seperti ianya satu tanda menyelamatkan Amin dari neraka dirumahnya sendiri. Sarah yang keletihan setelah melayan Amin, kali ini Amin bertenaga dan Sarah tidak mampu melayari tenaga Amin dan tewas terdampar dipukul ombak.
Namun begitu Sarah masih curi curi dengar perbualan Amin dan Sarah tahu yang Amin akan keluar malam ini. Sarah telah memasang perangkapnya dan betekad akan mengekori Amin malam ini sehingga segalanya selesai.
Amin masuk ke bilik air membersihkan tubuhnya dan terus bersiap hendak keluar. Sarah juga telah bangun dari perbaringan dan hendak membersihkan badannya. Entah kenapa Amin punyalah baik sanggup menunggu Sarah sebelum keluar rumah. Amin sempat memberi kucupan mesra kepada Sarah dan memberitahu dia akan keluar outstation selama beberapa hari.
Sarah tidak memberi apa respon kepada Amin dan Amin berlalu begitu sahaja keluar dari rumah. Sarah melihat Amin dari sudut tingkap dan tersenyum sinis. Amin akan menerima padah tidak lama lagi.
Sarah mengeluarkan kotak yang didapatinya dari Boron dan mengeluarkan sepasang baju bodytight hitam dan seluar tight hitam. Sarah mengenakan pakaian itu dan memasukkan beberapa helai pakaian salinan kedalam begnya.
Telihat tersusun beberapa senjata diatas tilam sebagai persiapan Sarah akan menunjukkan siapa dirinya yang sebenar. Kerambit, Parang kontot dan 2 bulah pisau menjadi senjata sokongan Bedil yang didapatinya dari Boron. Sarah betul betul bertekad.
Setelah segalanya siap, Sarah berdiri didepan cermin dibiliknya dan melihat dalam dalam dirinya didepan cermin.
Sarah tersenyum sinis.
Linda adalah seorang gadis kota yang lincah, liar dan manja datang dari sebuah keluarga berada dan dihormati dikota metro ini. Bapanya seorang taikun Perniagaan dan Ibunya adalah seorang aktivis hak wanita. Linda mempunyai seorang Abang dipanggil Tombot.
Keluarga ini secara luarannya nampak seperti sebuah keluarga yang cukup sempurna tetapi sebenarnya kehidupan keluarga ini dipenuhi dengan dusta dan nista.
Si bapa seorang peniaga yang selalu mengambil kesempatan keatas orang orang yang lemah dan mempermainkan perempuan. Perniagaan beliau yang paling berjaya adalah memperdagangkan anak perempuan menjadi pelacur di negara jiran.
Ibunya pula bertopengkan persatuan yang diketuainya dengan membekalkan remaja remaja lelaki yang memerlukan wang kepada mak datin, mak dato, puan sri dan sri kembangan yang kegersangan.
Boleh dikatakan perempuan ini seorang Ibu Ikan yang sentiasa meliuk lentuk tubuhnya kepada lelaki lelaki muda demi kepuasan nafsu serakahnya.
Tombot pula menguruskan sebuah perniagaan bapanya tetapi sebenarnya Tombot adalah seorang daripada ahli kumpulan rompakan yang menjadi buruan pihak berkuasa.
Rakan rakan tombot terdiri daripada Boron, Leggo, Sedi dan Toni. Mereka adalah penjenayah yang paling digeruni didalam dunia jenayah di kota metro.
Amin mula mengenali Linda dalam sebuah Bar dimana Amin pada mulanya datang kesitu untuk meminjam wang daripada Boron untuk menyelesaikan masalah kewangannya.
Seperti selalunya Linda yang memang tidak tahan melihat susuk tubuh seorang lelaki yang sempurna seperti Amin mula mendekati dan cuba mengoda Amin dan setelah mendapat tahu amin telah berumahtangga, ianya menjadi kegilaan Linda kerana Linda memang suka dengan lelaki yang berpengalaman.
Amin yang sedang dalam masalah pada mulanya hanya menganggap Linda sebagai salah satu persimpangan kehidupan yang perlu dia tempuh.
Entah mengkin kerana seronok dengan layanan istimewa yang Linda selalu berikan kepadanya dan setelah mengetahui bahawa Linda adalah adik kepada Tombot iaitu salah seorang ahli kumpulan Boron.
Amin mengunakan peluang itu untuk menjadikan Linda sebagai pelindungnya dari membayar hutangnya kepada Boron dan Linda pula seakan tidak kisah memperabiskan duitnya kepada Amin.
Sememangnya pertemuan dan perkenalan yang berlandaskan nafsu itu telah berbunga menjadi cinta terlarang.
Amin dan Linda lupa bahawa mereka tiada ikatan dan mereka semakin hanyut melayan nafsu mereka yang mereka rasakan itu cinta sejati mereka.
Biar mati sekalipun mereka tidak mungkin akan berpisah.
Dari permulaan inilah Amin sekarang ini telah meletakkan dirinya kedalam kancah kebinasaan dan segalanya akan merubah apa yang telah Amin dirikan bersama Sarah selama ini.
Amin telah mewarnakan sebuah titik hitam yang akan menghancurkan dan melibatkan banyak nyawa dalam keputusan yang telah dia ambil.
dunia amin dan Linda yang indah diwarnai pelangi cinta seakan membutakan realiti yang bakal mereka terima…
Amin dan Linda sedang berseronok dan bersuka ria bersama sama berpelukan sambil menikmati hari hari mereka tanpa menyedari Sarah sedang memerhati dan mengekori mereka.
Disebuah rumah tumpangan akhirnya Amin dan Lidya singgah bagi menikmati malam mereka berdua. Diekori oleh Sarah, mereka berdua tidak menyedari yang malapetaka akan singgah memberi petunjuk.
Sarah melihat gelagat Amin dan Sarah dari dalam kereta. Sarah menunggu sehingga hari berikutnya untuk meneruskan rancangannya.
Tidak lama menunggu, Amin kelihatan keluar berseorangan menuju keretanya dan ini telah mememberi peluang kepada Sarah untuk mempercepatkan rancangannya. Amin masih tidak menyedari yang dia sedang diperhatikan. Amin masuk kedalam kereta dan memacu keluar dari rumah tumpangan itu.
Setelah berpuashati dan pasti bahawa Amin telah pergi, Sarah pun keluar dan membuka but keretanya dan mengambil bedil yang telah dibeli dari Boron tadi dan menyisip kerambit kepinggangnya.
Sarah melihat sekeping kertas yang tertulis nombor bilik yang menjadi tempat Amin dan Linda melepas rindu dan nafsu mereka.
Sarah nekad akan menamatkan permasalahan ini.
Act III
Sarah mengatur langkahnya dengan sempurna agar tiada sesiapa yang menyedari kehadirannya. setiap langkah diatur dengan kalimah agar segalanya berjalan lancar. Sarah sampai kemuka pintu yang dituju.
Sarah menekan loceng bilik. Senyap. Sarah tekan sekali lagi dan kali ini terdengar tapak kaki dan bunyi pintu hendak dibuka.
Tanpa basa basi setelah pintu dibuka, Sarah dengan pantas mengacukan bedilnya ke kepala Linda dan sepantas kilat Sarah menendang perut Linda dan Linda terjatuh kelantai kesakitan.
Sarah perlahan menutup pintu dan menguncinya. Usai mengunci dan menyimpan bedilnya, satu tendangan ala ala zidane menyepak bola hinggap kemuka Linda dan sekali lagi Linda terdampar melekat didinding menahan kesakitan dan cuba mengetahui apa sebenarnya yang Sarah mahu darinya.
Sarah mula berkata apa tujuannya datang tetapi entah darimana kudrat Linda yang sedang kesakitan itu, Linda menyerang Sarah dan menariknya dan menghempasnya ke dinding dan satu tendangan tomoi hinggap kemuka Sarah dan bertalu talu hentakan siku Linda dihayun kearah kepala Sarah. Sarah terkejut dengan kepantasan dan keberanian yang ditunjukan Linda.
Linda mengambil kesempatan ini untk menghempaskan kerusi makan kearah Sarah, tetapi kepantasan dan ketenangan Sarah dapat mengelak serangan dari Linda dan kali ini Sarah mendapat peluang kerana ada satu sudut terbuka untuk Sarah menyerang Linda dan seterusnya membuat Linda terus tidak bermaya.
Dengan satu serangan setelah mengelak serangan Linda, Sarah berjaya melumpuhkan Linda dengan mengunci pergerakannya sambil Sarah mengeluarkan bedilnya dan terus menghentak belakang tengkuk Linda dan keadaan menjadi senyap seketika. Linda tewas dan terbaring pengsan.
Sarah menarik Linda dan mengangkatnya keatas katil.
Sarah menunggu kepulangan Amin dengan hati yang panas membara.
Dari tepi jendela Sarah dapat melihat Amin pulang dan sedang memarkir keretanya. Amin keluar dari kereta dengan membawa dua bungkus beg plastik.
Linda masih lagi terbaring diatas katil tidak sedarkan diri. Amin pula tidak akan menyangka apa yang akan berlaku sekejap lagi. Sarah menutup kesemua lampu dan hanya membiarkan lampu bilik sahaja yang terbuka dan Sarah mengambil kesempatan untuk menyembunyikan diri dari pandangan Amin tetapi tempat yang dicari mestilah strategik dan dengan sekali pukul, Amin akan jatuh pengsan tidak sedarkan diri. Sarah bersembunyi betul betul dibelakang pintu utama masuk, dengan keadaan gelap tidak mungkin Amin akan sedar kehadiran Sarah.
Tombol pintu kedengaran seperti dimasukkan kunci. Amin sedang membuka pintu dan membuka pintu sambil menyapa Linda tetapi tiada sahutan. Usai Amin masuk dan menutup pintu, dengan satu pukulan yang hinggap ke kepalanya, plastik yang dibawa Amin jatuh kelantai di ikuti Amin.
Rancangan Sarah berjalan lancar, Sarah menarik Amin kebilik dan mengikat tangan Amin kebelakang digabungkan ikatan itu ke kakinya seperti mengunci Amin dari bergerak. Mulut Amin disumbat kain dan di ikat ketat. Amin masih tidak sedarkan diri.
Hari menuju subuh, kedua duanya masih belum sedarkan diri. Sarah memegang bedil ditangan dan nampak tenang diluar tapi dari sinar matanya, api amarah sedang membakar jiwanya.
Amin merasakan satu beban yang sangat berat dikepalanya dan merasakan dia seperti dipasung. Amin mencuba untuk mengerakkan dirinya tetapi tidak berdaya. Amin dengan perlahan membuka matanya dan dilihat Linda sedang terbaring tidak sedarkan diri dengan kepala terjuntai dari atas katil.
Amin cuba untuk bergerak dan kali ini barulah Amin sedar yang dia telah diikat dan dia tidak mampu untuk bercakap kerana mulutnya telah disumbat kain dan diikat. Amin cuba untuk melihat sekeliling bilik untuk mengetahui angkara siapakah semuany ini.
Mata Amin seperti terpatri apabila melihat sesusuk tubuh yang sedang duduk memegang pistol dengan api amarah terpancar dari sinar matanya. Amin bingkas duduk antara dua sujud dan cuba mendapat kepastian dengan apa yang dilihatnya. Memang benar apa yang Amin lihat, Isterinya Sarah sedang duduk.
Amin cuba untuk bercakap tetapi tiada ungkapan yang dapat diluahkan. Amin merayu kepada Sarah.
Sarah bingkas bangun dan mula melangkah kearah Amin. Satu penampar sulong hinggap ke muka Amin sambil Sarah dengan nada yang tegas memberitahu Amin apa yang telah Amin lakukan. Amin masih lagi merayu kepada Sarah.
Sedang Sarah menceritakan perbuatan Amin dan Amin masih lagi cuba merayu kepada Sarah untuk melepaskannya, Linda mula sedar dari pengsan. Ketika ini keadaan semakin tegang dengan Sarah pun tidak tahu hendak lakukan apa apa. Segala rancangannya seakan hilang dari akal fikirannya.
Linda yang seperti orang mabuk cuba bangun dan bercakap. Apa yang linda cuba katakan tidak jelas. Sarah menjadi bingung dengan keadaan ini.
Linda telah berjaya untuk mengawal keseimbangannya yang hilang tetapi kepalanya masih berpusing akibat dihentak Sarah. Kali ini Linda cuba untuk mengawal keadaan dan cuba menenangkan Sarah.
Sarah mengacukan pistol kekepala Amin dan menyuruh Linda duduk diam, tetapi Linda berkeras dan mencabar Sarah untuk menembak Amin.
Api yang terbakar jangan dicurahkan minyak, Linda silap dengan berkata kata begitu. Sarah dengan tanpa berfikir panjang dan dalam keadaan yang tegang telah menembak Linda. Tidak diduga keadaan akan berakhir begitu Amin meratap dan cuba menenangkan Sarah. Linda terkulai diatas katil.
Segala yang berlaku diatas katil itu berakhir dengan tertumpahnya darah Linda.
Dalam keadaan yang tidak tentu araha, Sarah mundar mandir bercakap pada diri sendiri tetapi dikejutkan dengan bunyi telefon bimbit Linda berbunyi tanda satu pesanan ringkas masuk. Sarah mencapai telefon bimbit berkenaan. Tanpa berlengah Sarah membuka dan membaca pesanan ringkas tadi.
Raut wajah Sarah bertambah tegang setelah membaca pesanan ringkas itu. Tanpa basa basi, Sarah merenung ke arah Amin dan melangkah rapat dan dengan satu hentakan kekepala Amin, terlantar Amin sekali lagi diatas lantai.
Amin masih sedar dan penglihatannya kabur ketika Sarah meletakkan telefon bimbit Linda dihadapan matanya. Sarah memberitahu Amin kata kata akhirnya. Airmata mengalir dari mata Sarah setelah berkata sesuatu kepada Amin dan amin amat menyesali perbuatannya.
Sarah meninggalkan Amin sendirian. Jiwanya hancur tetapi kehidupan perlu diteruskan.
Amin masih lagi terlantar tetapi kali ini dia merasakan tangannya dapat digerakan. Ia, tali pengikat tangan dan kakinya telah dilonggarkan Sarah, tetapi mengapa Sarah berbuat demikian. Amin melepaskan tangan dan kakinya dan membuka ikatan mulutnya, alangkah terkejut Amin ketika ia membaca pesanan ringkas dari telefon bimbit Linda yang menyatakan bahawa Tombot akan singgah melawat Linda.
Amin masih lagi dalam keadaan tidak stabil cuba untuk bangun. Terhoyong hayang Amin menuju ke jendela. Dilihatnya dari jendela sebuah kereta sedang memarkir kereta bersebelahan keretanya. Ia, itu kereta Tombot. Amin mash lagi terhoyong hayang. Tidak tahu hendak berbuat apa apa dan hanya memikirkan nyawanya, Amin mengambil keputusan untuk lari dan menyembunyikan diri.
Amin tahu dirinya sekarang terperangkap, Sarah telah memerangkapnya dalam permainan yang telah dimulakan sendiri. Linda telah mati, pihak berkuasa akan mencarinya tetapi itu bukan yang menakutkan Amin, tetapi apa yang akan dilakukan Tombot nanti.
Amin berjaya keluar dari rumah tumpangan mengikut pintu kecemasan.
Tombot tiba dan melihat pintu bilik Linda tidak berkunci. Dia masuk dan keadaan gelap dan hanya lampu bilik sahaja yang dipasang. Tombot merasakan sesuatu yang tidak baik. Tombot menuju bilik Linda dan setibanya dibilik Linda, dia tekejut melihat Linda sedang terkulai berlumuran darah diatas katil.
Tombot menjerit nama Amin…
Tamat.



