Janji
// September 13th, 2008 // ceritera
sebelum meninggalkan kelab jiwa luka, Adet telah meminta Ala berjanji untuk meneruskan perjuangan dan modenifikasi ideologi yang telah diterapkan Adet selama 20 tahun kedalam jiwa org org kampung.
Adet: ko janji dengan aku Ala yang ko akan teruskan projek pembinaan jambatan yang aku telah rancang dengan sekutu aku di Kg. Singa.
Ala: Baiklah Adet, aku berjanji, aku berterima kasih kat ko kerana telah memilih aku sebagai penganti ko dalam kelab ini…
setelah menjadi ketua kepada kelab jiwa luka, Ala telah memungkiri janjinya kepada Adet dengan membatalkan perjanjian pembinaan jambatan ke Kg. Singa…
Ala: Saya dengan ini berjanji dan mengistiharkan bahawa Ajib akan mengambil alih kuasa kelab pada tahun 2010 nanti.
Ajib tersengih sengih macam kera dapat bunga mendengar kata kata Ala dan raut wajah Puan Ros berseri seri mengalahkan orang yang cucuk botox…



