Giant
// September 17th, 2008 // ceritera
Ala dan Ajib sedang berjalan mencari satu kawasan baru yang hendak diterokai sebagai markas kelab jiwa luka mereka. Dalam pencarian mereka, secara tiba tiba muncul seekor gergasi berbulu lebat ala ala bigfoot dari celah semak samun dihadapan mereka.
Ajib yang memang terkenal dengan sikap kecik buah pelirnya, terus lari meninggalkan Ala dan terus memanjat sebuah pohon yang boleh dikatakan agak tinggi. Ajib seperti Jet Li memanjat pohon itu.
Sementara itu, Ala yang sememangnya dilahirkan lembab dan lembab…terpinga pinga ingin memikirkan apa yang harus dilakukan kerana mengetahui dia tidak mampu nak berlawan dengan gergasi itu.
Lutut ala yg memang longgar skrunya telah menyebabkan Ala terjelepuk jatuh dan Ala pun pura pura mati. Ajib yang diatas pokok ketawa melihat gelagat Ala yg pengsan itu dan tidak sedikit pun ada perasaan hendak menolong Ala.
gergasi tadi menuju ke arah Ala dan menguis guis badan Ala, gergasi itu mendengus beberapa kali dan akhirnya ia merapatkan kepalanya ketelinga Ala dan meninggalkan mesej kepada Ala dan terus berlalu pergi sambil bersiul gembira…
melihat gergasi tadi pergi, Ajib pun turun dan cuba menakutkan nakutkan gergasi yang telah hilang dari pandangan dan menuju ke arah Ala.
Ajib: gergasi tu mencicit bila aku turun tadi Ala, tahu dia takut…
Ala: Ajib, gergasi tu bisik kat aku dan dia kata, Orang bijaksana macam aku ni tidak patut berkawan dengan orang yang bacul seperti kamu, dan kamu tidak sesuai dijadikan teman perjuangan kerana orang macam kamu tidak menolong kawannya yg dalam kesusahan.



