Cenang

// September 1st, 2008 // ceritera, coretan

Seminggu sebelum berpuasa, aku ada mengikut trip retreat sebuah agensi universiti tertua dimalaya ini.

Disana aku mengambil kesempatan utk merakamkan beberapa foto keluarga aku yang menarik utk aku abadikan sebagai pengalaman berada disana.



Organiser dan Agen yg mengendalikan majlis boleh diberi 1/10 markah kerana berjaya menjayakan majlis dgn mengambil untung yang besar.

Majlis yg menjemput seisi keluarga ini diberi tempat menginap yg tidak menyenangkan hati setiap yang terlibat.

Aku bersyukur sajalah walaupun bilik aku bersebelahan dengan sarang nyamuk dan salah satu katilnya telah patah dua dan hanya disambung mengunakan kayu yang dipaku.

Syukran.

Aku seperti biasa selepas subuh merancang nak mendapatkan foto matahari terbit tapi sebelum cerita tu sampai, aku telah ditimpa kesakitan kaki yang amat sangat dimana aku tidak tahu apa kah puncanya, cari punya cari puncanya, hanya satu kejadian yang dapat mengaitkan kakiku yang sakit.

Kejadian itu berlaku semasa kami semua hendak berlepas dan entah macamana putera aku yang paling kecil dan lasak terlepas dari pendangan kami dan mengekori caucasian sambil menangis.

Salah seorang kakitangan dari agensi universiti yang aku kenali berlari cuba mendapatkan anak aku dan aku pun berlari mendapatkannya.

Panik sekejap. Akhirnya aku dapat mencapai tangan anak aku dan terus mendukung dia yang sedang melalak.

Tanpa aku sedari, putera aku yang sulung juga berlari untuk menyelamatkan adindanya, nak dijadikan cerita sesudah aku berjaya mendapatkan putera aku tu, aku pun hendak berpusing dan tanpa aku sedari putera aku yang sulong berada tepat dibelakang bontot aku berdiri, kedebuk.

aku terlaga dengan putera sulung aku tu dan dia jatuh terlentang dan aku masih cuba mengimbangi badan aku yang ketika itu mendukung putera aku yg satu lagi itu dari terpijak badan putera sulung aku tapi apakan daya, mengelak juga tetapi aku terpaksa merebahkan badan kelantai dan terlepas juga putera bongsu aku tu dari dukungan aku dan ketika itu jugalah aku merasa sakit yg amat tetapi sekejap sahaja dibahagian hujung anak jari kaki aku.

Angin satu badan aku dengan perilaku yang berlaku masa itu. tetapi itu tidak menjejaskan semangat aku untuk mendapatkan foto kanak kanak yang berbagai rupa dan reaksi disana dan juga perancangan aku utk mendapatkan matahari terbit.

Aku dapat bergerak pada hari terakhir, itupun sesudah menguatkan semangat untuk berjalan kepantai dan setelah berjanji dgn Ustax Khuzaifah utk berjalan ditepi pantai selepas solat subuh.

Ketika menuju dipantai baru aku sedar yang aku berada dipantai yang tidak menunjukkan matahari terbit tetapi matahari terbenam tetapi itu tidak merosakkan perancangan aku. Ustaz Khuzaifah menjadi model sambilan aku sambil aku bercerita tentang fotografi sambil dia menceritakan pentingnya menikmati keindahan alam yang dilukis Allah SWT setiap pagi.

Insaf.

sesudah aku mendapat foto foto yang aku hendaki dan Ustaz Khuzaifah berpuas hati dengan penerangan aku serta pengalaman aku belajar filem diluar negara, kami pun beransur pulang dengan harapan agar hari esok lebih indah dan ceria, insyaallah.

Sarapan dah tersedia, tetapi aku rindukan tilam dan bantal dibilik. Sampai sahaja dibilik, permaisuri hati sedang bersiap utk bersukaneka bersama along dan angah sementara putera bonsu aku masih lena diulit intan.

Aku berpesan, kalau ada sarapan lebih tu, bawak dtg bilik, aku nak temankan putera aku beradu.

foto kanak kanak boleh dilihat di Album muka buku aku.

Blog Widget by LinkWithin

Leave a Reply