Sunting

// August 28th, 2008 // coretan

Malam 1 Ramadhan aku duduk bermuasyarah bersama dengan DoP aku di restoran berdekatan dgn rumah aku. Bercerita tentang minat dan projek yang kami berdua nak buat. Borak punya borak sampailah ke cerita pasal satu jurufoto seberang yg suka bermain dgn RoL dan DoP aku ni pun cerita yg dia pun buat gaya jurufoto berkenaan.

Aku menunjukkan minat utk mengetahui gaya suntingan jurufoto berkenaan sebab aku mmg jarang tahu jurufoto dari seberang ni. DoP aku beritahu aku setting dan cara dia mengimplimentasikan teknik dan gaya Jurufoto seberang itu kedalam fotografinya dan menyuruh aku melihat mukabukunya utk keputusan eksperimentasi beliau.

memang mantap hasil kerja DoP aku ni, kalau x mantap takkan aku nak dia jadi DoP aku, insyaallah projek yang kami rancang hanya menunggu lampu hijau dari Allah SWT sahaja, ada rezeki ada, kena usaha dan yakin dgn doa kami berdua sahaja.

Balik rumah aku terus bukak alam maya dan melihat foto yg dimaksudkan serta mencari Jurufoto seberang yg dimaksudkan, pergh memang gaya fotografi jurufoto berkenaan baik dan punya jiwa, walaupun melakukan suntingan.

Jiwa aku sudah kacau dan tanpa berlengah aku pun ambil foto suntingan DoP aku tu dan membuat penambah baikan atau penambah burukan, terpulang pada yg melihat tetapi aku hanya ingin menambah sedikit elemen bumi pada foto itu dan memberikan ia sikit nafas dengan gaya aku serta sedikit ilmu suntingan yg aku ada.

Alhamdulillah, pagi 1 ramadhan aku berjaya menyunting foto seperti yang aku kehendaki walau sudah lama x berbuat demikian.

Blog Widget by LinkWithin

Leave a Reply