Terbakar
// June 2nd, 2008 // coretan
aku mendapat emel dari rakan aku di Universal Studio mengatakan Backlot tempat aku shoot semasa aku belajar disana terbakar. Terkejut aku dan terus google berita berkenaan dan aku dibawa ke Los Angeles Times dotcom. dari laman web tersebut memberitahu api yang marak dengan cepat telah membakar beberapa set filem yang telah memecahkan box office dan diantaranya ialah set filem back to the future, king kong dan bruce almighty.
Aku diberitahu oleh rakan aku disana, bahawa set lokasi semasa aku merakamkan bengkel produksi aku bertajuk “The Chase” sebahagian set terbabit hangus dijilat api. Kegagalan tekanan air telah menjadi sebab mengapa pihak bomba tidak dapat menyelamatkan set filem terbabit dan dikatakan angin meniup kencang dan menyebabkan api marak dengan cepat.
Set berkenaan adalah juga menjadi set yang paling diminati pembikin filem kerana set berkenaan merangkumi set set bandaraya new york, dan eropah. selain sebuah courthouse.
Foto diatas menunjukkan kawasan yang terbakar. dibawah corthouse square tu(tiada dalam gambar) adalah bangunan sekolah filem dimana aku belajar.
Foto disebelah ini pula menunjukan pintu masuk ke kawasan kebakaran dan dibelakang mamat yang sihat itu berdiri adalah pintu masuk sekolah filem dimana aku belajar.
Kerugian yang ditanggung adalah sedikit dan diberitahu 6 orang tercedera dalam kerja kerja memadamkan api.
selamat aku dah balik, tak besh jugak jadi pak sibuk masa tu.




